KACANG, MONYET, LALAT DAN TAHI
- terajutama
- Feb 3, 2021
- 3 min read
Oleh Aziz M Osman
Pada 2017 saya diberi penghormatan mengarah episod pertama siri Anak Merdeka (kesemuanya 6 siri) terbitan Angsana Productions yang berpejabat di Pinewood Iskandar, Johor. Produksi dibawah pengawasan penerbit eksekutif Micheal Lake, seorang tokoh filem dari Australia yang pernah terlibat dalam filem The Matrix dan Mission Impossible. Berada dibawah kendalian beliau, buat pertama kali saya bekerja didalam sistem pembikinan filem yang professional. Sebelum ini tugas koordinasi produksi, pencarian pelakon, lokasi, pengurusan logistik, makan dan minum dipertanggung jawap sepenuhnya pada Production Manager (PM). Tetapi untuk projek Anak Merdeka setiap satu tugas diserahkan pada individu mahir. Saya dimanjakan dengan 3 penolong pengarah, 4 orang pembantu skrip, penata produksi (production designer), 2 pengarah seni (art directors), lebih 10 orang pembantu produksi (production assistants) dan banyak lagi support services. Episod pertama Anak Merdeka ditayangkan pada umum pada 26 Ogos 2017 dan saya akui adalah hasil garapan saya yang terbaik dan membanggakan. Telefilem ini memenangi anugerah Best Social Awareness Film di Norway Tamil Film Festival, Oslo pada 2018.
Realiti penghasilan filem dan drama TV di Malaysia telah dikompromi dengan bajet yang ditetapkan 'pihak berkuasa'. Pihak berkenaan percaya majoriti penonton hanya mahu sesuatu yang mudah dihadham. Teringat saya dengan kuota terajutama Uwei - lalat lalat hurung tahi. Ironinya dalam mereka leka pertahankan pendirian, ramai juga yang menuduh kedangkalan pengiat filem/drama yang tidak peka dengan kualiti. Ibarat membina bangunan dengan mengupah arkitek, jurubina dan kontraktor yang murah. Bila siap, bangunan boleh didiami tetapi seri bangunan tiada.

Suara suara yang pertahankan konon bajet besar bukan penentu filem/drama yang berkualiti selalunya datang dari oppotunists yang mengambil kesempatan ketika karyawan enggan berkompromi dengan kualiti. Golongan pengiat mee segera ini sanggup bekerja dengan harga yang rendah dan multi tasking. Karya karya mereka kebanyakkannya bahan kitar semula. Volume penonton mudah menjadi mercu tanda kejayaan mereka.
Sejujurnya saya bukan cemburu dengan pencapaian mereka. Kekuatiran saya timbul apabila berdepan dengan masyarakat yang memandang remeh dengan hasil filem dan drama kita. 'Kenapa filem kita tak macam Hollywood?''Kenapa drama kita tak macam Korea?' 'Kenapa kita tak kreatif macam Indonesia?''Kenapa filem dan drama kita nampak tak ada kualiti?'. Dan yang paling menikam kalbu 'Orang filem Melayu semua tak cerdik.'. Bagaimana saya nak jawab soalan soalan ini? Suka atau tidak, sebagai pengamal industri filem Malaysia, saya mesti berikan jawapan saya. Saya jawab, 'Ya. Orang filem kita tidak cerdik, tidak berkualiti kerana dengan bayaran yang kami terima, tiada orang cerdik dan berkualiti yang mahu jadi orang filem.'

Berbalik dengan telefilem Anak Merdeka, Micheal Lake mungkin tidak sehandal kebanyakkan pembikin filem Malaysia yang mampu menyiapkan filem dengan serba serbi kekurangan. Bak kata pepatah, ada rupa ada harga. Hari ini kita boleh menonton bermacam macam filem/drama dari luar negara di Netflix, Youtube dll. Membandingkan kebanyakkan drama tempatan dengan drama dari Korea saja sudah jelas jurang perbezaan.
Tidak menafikan ada produksi yang mementingkan kualiti dengan berbelanja hingga berjuta ringgit saperti Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks. Berita baiknya filem filem dari rumah produksi ini kebanyakkan berjaya mendapat kutipan box office dan menguntungkan. Bajet yang tinggi akan mengajikan pakar pakar. Mereka ini penjamin kualiti sesebuah produksi.

Drama Kampong Pisang Bersiri Siri karya terajutama Mamat Khalid hari ini berjaya sebagai sebuah produksi TV yang berkualiti tinggi. Saya turut terlibat sebagai pelakon menyaksikan sendiri organisasi dan pengurusan produksi yang sangat cekap dan effisien. Sama saperti ketika saya mengarap Anak Merdeka, Mamat Khalid mendapat ruang selesa untuk berkarya kerana dikelilingi petugas yang berkredibel. Praktis begini mesti dijadikan amalan untuk semua rumah produksi bagi meningkatkan lagi kualiti filem/drama Malaysia.
You give peanuts, you get monkeys.
Comments